Sesi taklimat bersama Peguam…..

Pada 1 September 2012 (Sabtu) yang lalu, satu sesi perjumpaan dan taklimat bersama peguam Program Pembinaan Surau Taman Sutera telah diadakan di bilik gerakan KRT Tmn. Sutera/Mutiara pada jam 5.30 petang.

Sesi ini telah dihadiri oleh tuan Pengerusi, Tn. Hj. Jamaludin bin Baba, En. Ghazali bin Mahat – Bendahari, En. Kamaruzzaman – Pen. S/Usaha, Tn. Hj. Ahad dan beberapa orang lagi AJK yang telah hadir bersama untuk mendengar taklimat dan sesi soal jawab bersama peguam yang dilantik bagi mewakili Jawatan kuasa Surau Taman Sutera Kelemak Alor Gajah (JKSTSKAG) iaitu En. Mazlan.

Dalam sesi tersebut, pihak jawatan kuasa telah bersetuju untuk membuat pembayaran awal khidmat guaman yang telah, sedang dan akan dilaksanakan kelak. Sejumlah RM2000.00 telah dibayar dalam bentuk cek kepada En. Mazlan. Beliau secara lisan juga telah bersetuju untuk membantu JKSTSKAG untuk mencari dana tambahan bagi meringankan kos pembinaan yang bakal ditanggung oleh pihak JKSTSKAG kelak.

 

Bagi pihak JKSTSKAG, usaha dan kerjasama yang diberikan oleh pihak En. Mazlan itu adalah amat dialu-alukan demi mencapai sasaran pembinaan surau tersebut.

Capaian Terbaru….

Terkini…. Anda boleh mendapatkan sebarang info berkaitan dengan Surau Taman Sutera dengan melalui link berikut: http://www.facebook.com/surautamansutera.kelemak .

Semoga dengan adanya capaian info yang banyak ini sedikit sebanyak akan membantu menyegerakan kemasukan dana pembinaan Taman Sutera Kelemak ini, Insyaallah….. Kita berusaha, Allah jualah yang akan menentukannya.

Selamat Menyambut ‘Eidul Fitri 1433H….

Kami JK Surau Taman Sutera, Kelemak,  Alor Gajah, Melaka dengan ini dengan rasa rendah diri ingin merapatkan sepuluh jari ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin…… Taqobballahhu minna wa mingkum…… Minal ‘Eid Wal Faizin, Kullu ‘am wa ‘antum bikhair………

Bersempena dengan bulan yang mulia lagi berkat ini, kami JSTSKAG merendah diri untuk memohon sumbangan ikhlas  dari tuan / puan yang dimuliakan Allah S.W.T untuk menampung kos pembinaan surau yang dianggarkan mencecah RM870,894-20.

Sebarang sumbangan ikhlas tuan / puan yang dimuliakan Allah S.W.T, bolehlah dimasukkan ke dalam akaun Maybank Cawangan Alor Gajah – 554044506913.

Semoga jasa baik dan sumbangan ikhlas tuan / puan, Allah S.W.T jualah yang akan membalasnya sama ada di dunia mahu pun di akhirat.

Akhirnya berjaya…..

TAHNIAH!!!!!! Usaha JKSTSKAG untuk menjalankan proses permohonan untuk mengutip sumbangan derma kepada pihak awam akhirnya telah diluluskan oleh pihak PDRM.

Untuk makluman semua, JKATSKAG dalam proses mencetak resit sumbangan dan sijil waqaf sebagai usaha mencari dana untuk  pembinaan Surau Taman Sutera.

Semoga usaha berterusan dari AJK dan penduduk taman dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung akan diberkati Allah S.W.T hendaknya.

 

Oleh itu, kami JSTSKAG memohon sumbangan dari tuan / puan yang dimuliakan Allah S.W.T untuk menampung kos pembinaan surau yang dianggarkan mencecah RM870,894-20.

Sebarang sumbangan ikhlas tuan / puan yang dimuliakan Allah, bolehlah dimasukkan ke dalam akaun Maybank Cawangan Alor Gajah – 554044506913.

Semoga jasa baik dan sumbangan ikhlas tuan / puan, Allah jualah yang akan membalasnya sama ada di dunia mahu pun di akhirat.

Alhamdulillah….. Khatam akhirnya…..

Pada 20 Julai yang lalu, JK Taman Sutera telah memulakan program Ihya’ Ramadhan 1433 H, dengan mengadakan Majlis Tadarrus al- Quran.  Program yang bermula pada pukul 10 malam pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dan 9.00 pagi hingga 11.00 pagi dan bersambung semula pada pukul 10 malam setiap hari Sabtu dan Ahad telah mendapat sambutan yang baik di kalangan penduduk taman.

Bagi penduduk Taman Sutera, sungguhpun pembinaan surau yang masih dalam proses perancangan pembinaannya, ini tidak menghalang para warga Taman Sutera untuk mengimarahkan bulan Ramadhan yang mulia ini dengan program yang membantu menyucikan hati peserta tadarrus berkenaan.

Alhamdulillah pada malam 6 Ogos yang lalu, kumpulan tadarrus Taman Sutera telahpun berjaya mencapai objektifnya iaitu mengkhatamkan pembacaan al-Quran untuk Ramadhan 1433 H.

Jemputan ke Majlis Khatam al-Quran dan Iftar Jam’ie

Insyaallah, pada hari Sabtu, 11 Ogos akan datang akan diadakan  Majlis Khatam al-Quran di Bilik Gerakan KRT Taman Sutera/Mutiara. Majlis akan bermula pada jam 6.00 petang dengan sesi bacaan surah lazim dan diikuti Majlis Ifta Jama’ie buat kali kedua.

Oleh itu, kami JSTSKAG memohon sumbangan dari tuan / puan yang dimuliakan Allah S.W.T untuk menampung kos pembinaan surau yang dianggarkan mencecah RM870,894-20.

Sebarang sumbangan ikhlas tuan / puan yang dimuliakan Allah, bolehlah dimasukkan ke dalam akaun Maybank Cawangan Alor Gajah – 554044506913.

Semoga jasa baik dan sumbangan ikhlas tuan / puan, Allah jualah yang akan membalasnya sama ada di dunia mahu pun di akhirat.

Lagi Kelebihan Bersedekah…..

Hadis-hadis Rasulullah Tentang Kelebihan Bersedekah
(Susunan: Ibnu Umar Asseluluni)
Berikut adalah lapan buah hadis, diantara hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tentang kelebihan bersedekah, mudah-mudahan dengan menghayatinya memberikan galakan kepada kita semua untuk rajin bersedekah.
Hadis-1

[Mafhumnya] Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang solat malam. Ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka.    (Hadis Riwayat: Imam Bukhari)
Hadis-2

[Mafhumnya] Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)
Hadis-3

[Mafhumnya] Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan Bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana.
(Hadis Riwayat: Imam Ath-Thabrani)
Hadis-4
[Mafhumnya] Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya, “Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah.” Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?” Nabi menjawab: “Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya” Mereka bertanya: “Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?” Nabi menjawab: “Menyuruh berbuat ma’ruf.” Mereka bertanya: “Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?” Nabi s.a.w. menjawab, “Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah.”   (Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Hadis-5

[Mafhumnya] Orang yang membatalkan pemberian (atau meminta kembali) sedekahnya adalah seperti anjing yang makan kembali muntahannya.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)
Hadis-6

[Mafhumnya] Barangsiapa diberi Allah harta dan tidak menunaikan zakatnya kelak pada hari kiamat dia akan dibayang-bayangi dengan seekor ular bermata satu di tengah dan punya dua lidah yang melilitnya. Ular itu mencengkam kedua rahangnya seraya berkata, “Aku hartamu, aku pusaka simpananmu.” Kemudian nabi s.a.w. membaca firman Allah surat Ali Imran ayat 180: “Dan janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi.”
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)
Hadis-7

[Mafhumnya] Abu Dzarr R.a. berkata bahawa beberapa sahabat Rasulullah s.a.w. berkata, “Ya Rasulullah, orang-orang yang banyak hartanya memperoleh lebih banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat dan berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka boleh bersedekah dengan kelebihan harta mereka.” Nabi s.a.w. lalu berkata, “Bukankah Allah telah memberimu apa yang dapat kamu sedekahkan? Tiap-tiap ucapan Tasbih adalah sedekah, Takbir sedekah, Tahmid sedekah, Tahlil sedekah, Amar Makruf sedekah, Nahi Mungkar sedekah, Berjimak dengan isteri pun sedekah.” Para sahabat lalu bertanya, “Apakah memuaskan nafsu syahwat mendapat pahala?” Nabi menjawab, “Tidakkah kamu mengerti bahawa kalau dipuaskan nafsu syahwat di tempat yang haram bukankah itu berdosa? Begitu pula kalau syahwat diletakkan di tempat halal, maka dia memperoleh pahala.
(Hadis Riwayat: Imam Muslim)
Hadis-8

[Mafhumnya] Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawan mu. (Hadis Riwayat: Imam Ahmad)

Oleh itu, kami JSTSKAG memohon sumbangan dari tuan / puan yang dimuliakan Allah S.W.T untuk menampung kos pembinaan surau yang dianggarkan mencecah RM870,894-20.

Sebarang sumbangan ikhlas tuan / puan yang dimuliakan Allah, bolehlah dimasukkan ke dalam akaun Maybank Cawangan Alor Gajah – 554044506913.

Semoga jasa baik dan sumbangan ikhlas tuan / puan, Allah jualah yang akan membalasnya sama ada di dunia mahu pun di akhirat.

Sambungan Fadhilat Bersedekah…..

15. Orang yang taat kepada Allah dengan lidahnya dan taat kepada ibu bapanya, tetapi bakhil- ia tiada bersedekah, maka ia diazab atas dosa bakhilnya di akhirat. Dia dimasukkan ke dalam neraka .

16. Berfaedah sedekah apabila sedekahnya daripada harta yang halal, maka diampunkan dosanya, diberi pahala kepadanya, dilepaskan daripada bala, dilepaskan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. Apabila ia bersedekah dengan harta yang haram tiadalah apa-apa faedah baginya melainkan azab Allah ke atasnya, kerana memberi yang haram kepada orang. Bersabda Nabi saw :

“ Di dalam neraka jahanam ada sebuah rumah yang bernama ‘Baitul Huzni’ disediakan oleh Allah bagi orang yang bersedekah daripada harta haram.”

( Al-Hadith )

17. Telah bersabda Nabi saw :

“ Orang yang memberi makan atau sedekah dengan satu suap daripada yang haram maka Allah akan memberi kepadanya daripada besi yang dihancurkan daripada api neraka jahanam hingga cair seperti air. Apabila dimakannya putuslah isi perutnya. Masuk makanan itu daripada mulutnya, keluar daripada duburnya. Maka berserulah Malik Zabaniah : Inilah balasan orang yang berusaha mendapatkan rezeki yang haram dan memakan ia daripadanya dan bersedekah ia daripadanya.” (Al-Hadith)

18. Yang lebih afdal bersedekah ialah barang yang disayanginya. Firman Allah Taala : “ Tidak kamu peroleh kebajikan sehingga kamu belanjakan (sedekah,hadiah) dari apa yang kamu sayangi .”

( Al-Quran )

Sehingga kini, kami JSTSKAG merayu dan menyeru kepada semua Mukminin, mukminat, Muslimin, Muslimat, Mukhlisin, Mukhlisat para dermawan yang dimuliakan Allah S.W.T agar dapat memberi sumbangan ke dalam Tabung Pembinaan Surau Taman Sutera, Kelemak bagi mempercepatkan proses pembinaannya.

Sehubungan dengan itu, kami JSTSKAG mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Ramadhan Karem” dan kami mengalu-alukan sekiranya ada di kalangan para pembaca yang ingin menginfakkan wang ringgit ke dalam tabung pembinaan Surau Taman Sutera, bolehlah dimasukkan melalui akaun kami Maybank Cawangan Alor Gajah – 554044506913. (Surau Taman Sutera)

Fadhilat Sedekah di bulan Ramadhan….

Sambungan…..

6. Takutlah neraka walaupun dengan bersedekah sebelah kurma, kiranya tidak berupaya, maka bercakaplah dengan perkataan yang baik (menjadi sedekah juga bagimu ) (Al-Hadith)

7. Bersedekahlah kamu ke atas dirimu dan atas orang yang mati daripada kamu walaupun dengan semangkuk air. Kalau tiada berkemampuan, bacalah satu ayat Kitab Allah, kalau tidak tahu membacanya, maka berdoalah kamu kepada mereka dengan minta diampuni dan dirahmati Allah kepada mereka .

8. Jangan menghinakan berbuat kebajikan (sedekah) walau sedikit sekalipun. Bersedekahlah pada awal-awal hari, kerana bala itu tiada melangkah ia akan sedekah. Apabila dating peminta sedekah kepadamu, janganlah ditolak akannya dengan jahat walaupun sedikitpun. Berbahasalah dengan manis muka. Jangan mencaci dan menengking kepada peminta sedekah, kerana dosamu menyakiti hatinya lebih besar dosanya daripada pahala sedekahmu itu separuh daripada hartamu. Dan jangan kamu menolak orang yang mula-mula meminta padamu itu, kerana kadang-kadang dating kepadamu itu bukan manusia, hanya jin hendak melihat betapa kamu lakukan pada barang yang diberi Allah daripada nikmatNya (rezeki) kepadamu .

9. Barangsiapa menengking kepada peminta sedekah nescaya ditengking akannya oleh Malaikat pada hari Qiamat . (Al-Hadith)

10. Mas kahwin bidadari itu (sedekah) segenggam buah kurma dan sebelah roti . (Al-Hadith)

11. Tiada kurang harta dari sedekahnya itu. (Di dunia ditambah berkat hartanya dan menolak bala, di akhirat diberi pahala, diampun dosanya dan dikurniakan Syurga ) (Al-Hadith)

12. Sabda Nabi saw :

“ Sedekah itu adalah sesuatu yang amat besar.”diulangi oleh Nabi tiga kali .(Begitu sekali Nabi menekan kebesaran kelebihan bersedekah )

13. Sedekah menolak bala dan memanjangkan umur ( Al-Hadith )

14. Dari sebuah Hadith mengisahkan : Bahawa seorang membuat jamuan (kenduri) maka Allah menyuruh dating Malaikat empat puluh hari sebelum diadakan jamuan. Malaikat itu merupakan burung putih, dua sayapnya panjang di antara masyriq dan maghrib. Dia berhenti di pintu rumah, lalu menyeru ahli rumah, lalu dijawab oleh Jibril : Apa maksudmu dengan ahli rumah itu? Maka jawab Malaikat itu : Aku diutus oleh Allah kepada ahli rumah ini untuk menggembirakan mereka bahawa jamuan (kenduri) mereka pada hari…. Inilah rezeki bersamaku dari syurga dan bersama burung itu surat termetri pada mulutnya. Bertanya Jibril : Surat apakah ini? Jawabnya : Di dalamnya tertulis mereka ahli rumah itu terlepas daripada neraka. Lalu diambil oleh Jibril surat itu dan dibukanya –tertulis di dalamnya : “ Allahul Wahidul Qahhar melepaskan ahli rumah daripada api neraka . Bagaimana, adakah menggembirakan engkau? Jawab Jibril : Ya, menggembirakan aku-gembira Jibril dan bercahaya mukanya kerana umat Nabi Muhammad saw terlepas daripada api neraka. Kata Jibril : Allah utuskan aku, bahawa aku tulis bagi mereka beberapa kebajikan, aku gugurkan mereka beberapa kejahatan, aku angkatkan mereka beberapa darjat sehingga berhenti jamuan itu. Maka Allah ampunkan dosa-dosa mereka yang hidup dan yang mati dari ahli rumah itu dan yang hadir dalam jamuan itu .

(dari kitab Raudhul Ulama’)

Sehingga kini, kami JSTSKAG  masih merayu dan menyeru kepada semua Mukminin, mukminat, Muslimin, Muslimat, Mukhlisin, Mukhlisat para dermawan yang dimuliakan Allah S.W.T agar dapat memberi sumbangan ke dalam Tabung Pembinaan Surau Taman Sutera, Kelemak bagi mempercepatkan proses pembinaan Surau Taman Sutera ini.

Sehubungan dengan itu, kami JSTSKAG mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Ramadhan Karem” dan kami mengalu-alukan sekiranya ada di kalangan para pembaca yang ingin menginfakkan wang ringgit ke dalam tabung pembinaan Surau Taman Sutera, bolehlah dimasukkan melalui  akaun kami Maybank Cawangan Alor Gajah – 554044506913.

Fadhilat Bersedekah:

1. Hadith daripada Abu Hurairah ra, katanya : Aku dengar Rasulullah s.a.w bersabda : “Jangan kamu tolak orang yang meminta walaupun dia kafir.” Kata seorang sahabat : Ya Rasulullah! Bahawa kami bersedekah dengan sesuatu dari harta kami kepada orang kafir : Jawab Nabi : “ Bahawa mereka adalah makhluk Allah, sebenarnya sedekah itu jatuh pada tangan kudrat Tuhan yang Rahman.”

 

2. Malaikat berseru : Hai Tuhanku! Segerakanlah gantikan harta orang yang bersedekah dan segerakanlah bala bagi orang yang enggan ( bakhil ) bersedekah hartanya . (Al-Hadith)

 

3. Sedekah bersembunyi itu memadamkan kemarahan Tuhan dan sedekah berterang-terangan itu pengadang neraka.     (Al-Hadith)

 

4. Kata ulama : Sedekah itu 10 kepujian, lima di dunia dan lima di akhirat .

 

  • Lima di dunia

– Mencucikan hartanya

– Mencucikan badannya

– Menolak bala dan penyakit

– Menggembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal .

– Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya .

 

  •  Lima di akhirat :

– Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas

– Ringan hisabnya

– Berat timbangannya (amalan) di akhirat

– Mudah melalui titian Siratal-Mustaqim

– Bertambah darjatnya di dalam syurga

5. Sedekah itu menutup tujuh puluh pintu kejahatan

(Al-Hadith )

Sehingga kini, kami JSTSKAG  merayu dan menyeru kepada semua Mukminin, mukminat, Muslimin, Muslimat, Mukhlisin, Mukhlisat para dermawan yang dimuliakan Allah S.W.T agar dapat memberi sumbangan ke dalam Tabung Pembinaan Surau Taman Sutera, Kelemak bagi mempercepatkan proses pembinaan Surau Taman Sutera ini.

Sehubungan dengan itu, kami JSTSKAG mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Ramadhan Karem” dan kami mengalu-alukan sekiranya ada di kalangan para pembaca yang ingin menginfakkan wang ringgit ke dalam tabung pembinaan Surau Taman Sutera, bolehlah dimasukkan melalui  akaun kami Maybank Cawangan Alor Gajah – 554044506913.

Kelebihan Bersedekah

AMALAN bersedekah yang amat dianjurkan Islam dan akan mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT.

Rasulullah SAW sentiasa menunjukkan teladan kepada umatnya dalam perbuatan bersedekah. Sabda Rasulullah yang bermaksud, “Jagalah kalian dari neraka, meskipun hanya dengan separuh kurma.’ (Hadis Bukhari).

Di sini jelas kepada kita bahawa Islam sangat menekankan kepada amalan bersedekah dan nilai sedekah itu tidaklah hanya tertakluk kepada banyaknya yang dihulurkan seseorang, akan tetapi terletak pada nilai keikhlasan niat di hati.

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Barang siapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari hasil yang baik dan Allah SWT hanya menerima sesuatu yang baik saja. Nescaya Allah SWT akan menerimanya dengan tangan kanan-Nya, lalu memeliharanya untuk diberikan kepada pemiliknya sebagaimana salah seorang daripada kalian memelihara anak kudanya hingga (pahala sedekahnya itu) menjadi seperti gunung”. (Hadis Bukhari).

Begitulah indahnya ajaran Islam yang menggalakkan umatnya bersedekah dan Allah SWT sendiri menjamin pahala untuk orang yang mengamalkannya sebagai agenda kehidupan mereka.

Menyentuh aspek bersedekah, Islam tidak pernah mengehadkan tempoh masa malahan boleh dilaksanakan pada bila-bila masa saja mengikut kemampuan seseorang. Namun demikian, amalan bersedekah yang paling afdal di sisi Allah SWT ialah ketika bulan Ramadan.

Ini dapat kita perhatikan menerusi satu hadis Nabi bermaksud, dari Ibnu Abbas, berkata: “Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan dan lebih besar kedermawannya pada bulan Ramadan ketika Jibril menemuinya. Jibril biasanya menemuinya setiap malam Ramadan, lalu tadarus al-Quran (dengan Nabi SAW). Sungguh Rasulullah ketika ditemui Jibril menjadi orang yang lebih bermurah hati dalam memberikan kebaikan, sehingga lebih banyak daripada tiupan angin.’ (Hadis Bukhari dan Muslim)

Jadi berasaskan kepada hadis itu dapat disimpulkan bahawa kita sebagai umat Islam sangat dituntut dalam membudayakan amalan bersedekah, lebih-lebih semasa menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan yang penuh berkat itu.

Sehubungan dengan itu, kami JSTSKAG mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Ramadhan Karem” dan kami mengalu-alukan sekiranya ada di kalangan para pembaca yang ingin menginfakkan wang ringgit ke dalam tabung pembinaan Surau Taman Sutera, bolehlah dimasukkan melalui  akaun kami Maybank Cawangan Alor Gajah – 554044506913.