Terima kasih!!!!


Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada dermawan al mukhlisan yang bakal memberikan sumbangan. Doa kami agar YAB Tan Sri, Pn. Sri, Dato’, Datin, Tn. Hj, Pn. Hjh, Tuan, Puan, Encik, Cik sekeluarga berada di dalam keadaan sihat walafiat, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur diberkati segala amal soleh yang telah, sedang dan akan dilaksanakan.

Anjuran Bersedekah

Daripada Abu Hurairah r. a berkata : ” Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s. a. w lalu bertanya : Ya Rasulullah! Sedekah manakah yang lebih besar pahalanya? Nabi menjawab : Sedekah yang engkau berikan, sedangkan engkau pada masa itu masih sihat dan engkau bakhil (merasa sayang untuk mendermakan harta), engkau takut menjadi fakir dan engkau berangan-angan untuk menjadi lebih kaya. Maka janganlah engkau menangguhkan sedekah sehingga apabila ruh sampai di kerongkong, lalu ketika itu baru engkau berkata : Untuk si polan harta ini, untuk si polan harta ini, pada hal harta engkau itu memang akan dimiliki (diwarisi) oleh orang lain. Riwayat Bukhari dan Muslim

Pengajaran Hadis :

Sedekah atau derma adalah amalan soleh yang sukar dilakukan oleh seseorang. Amalan ini biasanya dilaksanakan berdasarkan kewajipan seperti zakat atau dalam bentuk kesedaran yang timbul dalam hati seseorang kerana menganggap ia sebagai aset kekal yang akan diberikan ganjaran oleh Allah s. w. t di akhirat kelak.

Terdapat sebahagian daripada umat Islam yang enggan melakukan amalan mulia ini dalam kehidupan seharian. Nabi s. a. w menjelaskan punca masalah ini ialah perasaan takut menjadi fakir apabila banyak bersedekah, lalu manusia berusaha lebih kuat lagi untuk mengumpul dan menambahkan kekayaan yang sedia ada.

Melalui hadis di atas, Nabi s. a. w menerangkan waktu terbaik untuk melakukan amalan sedekah. Baginda menyarankan supaya sedekah dilaksanakan apabila seseorang itu masih sihat dan terlalu sayangkan kepada hartanya. Jika dilakukan sedekah pada masa ini, bermakna seseorang itu sudah berjaya melawan godaan syaitan dan hawa nafsu yang selalu menakutkannya dengan pelbagai kesan negatif. Kemampuan menghadapi serangan dua musuh ini, bererti ia telah meraih kejayaan yang sangat besar.

Pada masa yang sama, Baginda juga menghuraikan situasi orang yang suka menangguhkan amalan bersedekah hingga berada di saat sakit tenat. Nabi s. a. w melarang umat Islam daripada bertindak secara demikian. Ini adalah kerana jika tidak dilakukan sedekah pada masa itu, orang yang masih hidup
(waris) akan tetap mendapat harta yang ditinggalkan. Sekiranya, penerima harta itu membelanjakan harta mengikut yang ditetapkan oleh syariat Islam, maka si mati akan mendapat keuntungan. Namun jika harta yang ditinggalkan hanya disia-siakan atau digunakan untuk melakukan kemungkaran, maka si matilah yang letih mencari harta dengan membanting tulang dan memerah keringat semasa hidup. Ia juga akan dihisab di hadapan Allah sedangkan ahli-ahli waris bersenang-senang dengan harta tersebut.

Kesimpulannya, agama Islam amat menggalakkan umatnya melakukan amalan sedekah dengan menggunakan harta yang paling baik. Lakukanlah amalan ini dengan segera dan janganlah bertangguh. Semoga Allah menerima segala amalan soleh tersebut.

About surautamansuterakelemak

Taman Sutera telah dibuka pada awal Tahun 2002. Taman ini mempunyai 350 orang penghuni yang beragama Islam daripada 500 orang jumlah penduduk keseluruhannya. Sumbangan anda ke dalam Tabung Pembinaan Surau ini adalah amat-amat dialukan mudah-mudahan mendapat rahmat dan kasih sayang Allah.

Posted on 10 July 2012, in Info. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: