Tahniah!!!


Pada 12 Julai 2012, AJK Taman Surau Sutera dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Sutera telah mengadakan Tahlil Perdana 2012. Antara aturcara majlis ialah Bacaan surah Ya’asin, tahlil arwah, solat berjemaah dan solat sunat hajat.

Majlis yang berlangsung di Pusat Kegiatan Rukun Tetangga Taman Sutera / Taman Mutiara bermula pada jam 7.30 malam dimulai dengan solat fardhu Maghrib berjemaah. Majlis yang gilang gemilang dengan penuh keberkatan ini telah ditamatkan pada jam 9.45 malam selepas solat sunat hajat dan di akhiri dengan jamuan makan.

Sumbangan berbentuk wang ringgit dan juadah makanan melambangkan kerjasama dan ikatan ukhwah yang sedia terbina di antara satu sama lain penduduk taman sejak ia ditubuhkan lagi.

Bagi mewakili Jawatan kuasa Surau Taman Sutera, saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua para dermawan yang telah memberikan sumbangan ikhlas mereka. Kami berdoa agar anda dan keluarga anda sentiasa diberkati dan dirahmati Allah semasa hidup di dunia dan di akhirat. Jazakumullah hu khairan kathira.

Kepada para penderma yang sudi untuk menderma kepada tabung pembinaan Surau Taman Sutera ini kami berbesar hati mengalu-alukan sumbangan anda ke dalam akaun surau kami. Semoga Allah jualah yang akan membalas saham akhirat anda semua.

About surautamansuterakelemak

Taman Sutera telah dibuka pada awal Tahun 2002. Taman ini mempunyai 350 orang penghuni yang beragama Islam daripada 500 orang jumlah penduduk keseluruhannya. Sumbangan anda ke dalam Tabung Pembinaan Surau ini adalah amat-amat dialukan mudah-mudahan mendapat rahmat dan kasih sayang Allah.

Posted on 13 July 2012, in Info. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: