Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan…….


Ramadhan kareem, Kullu ‘am wa’antum bikhair…..

Firman Allah Ta’ala :

Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”.

(Surah Al-Baqarah Ayat 183)

i) Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ˜ra-mim-dal’, yang bererti panas atau panas yang menyengat. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud menjadi panas atau sangat panas, atau diertikan juga sebagai hampir membakar. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tenggorok terasa haus disebabkan sedang berpuasa.

ii) Manakala perkataan puasa dalam bahasa Arab disebut ˜Siyam’ atau ˜Soum’ Kedua-duanya berasal dari kata dasar ˜Sa-wa-ma’, di mana secara etmologinya bererti menahan diri daripada segala yang dilarangnya serta mengikuti apa yang diperintahkan-Nya. Hal ini dapat diwujudkan dengan adanya perasaan takut (taqwa) kepada Allah S.W.T.
iii) Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawikh dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.
iv) Selain itu Allah S.W.T juga memberikan dorongan untuk kita berusaha memperbanyakkan ibadah dengan melipatgandakan pahala pengamalnya serta disediakan satu malam yang lebih baik iaitu ˜Lailatul Qadar’ di mana kelebihannya menandingi 1000 bulan malam-malam biasa.

Kelebihan Bersedekah di bulan puasa

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.
Sehubungan dengan itu, kami JSTSKAG mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Ramadhan Karem” dan kami mengalu-alukan sekiranya ada di kalangan para pembaca yang ingin menginfakkan wang ringgit ke dalam tabung pembinaan Surau Taman Sutera, bolehlah dimasukkan melalui  akaun kami Maybank Cawangan Alor Gajah – 554044506913.

About surautamansuterakelemak

Taman Sutera telah dibuka pada awal Tahun 2002. Taman ini mempunyai 350 orang penghuni yang beragama Islam daripada 500 orang jumlah penduduk keseluruhannya. Sumbangan anda ke dalam Tabung Pembinaan Surau ini adalah amat-amat dialukan mudah-mudahan mendapat rahmat dan kasih sayang Allah.

Posted on 17 July 2012, in Info. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a comment