Pengertian & Hukum Puasa.


Pengertian Puasa

Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari dengan disertai dengan niat pada malam harinya.

Hukum – Hukum Puasa

Adapun hukum puasa itu terbahagi kepada beberapa hukum antaranya:

  1. Wajib
  2. Sunat
  3. Makruh
  4. Haram

Puasa wajib :

Puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan,  qada’ puasa Ramadhan, puasa kifarah & puasa nazar.

Puasa Sunat :

Antara puasa sunat yang digalakkan untuk dilaksanakan adalah:

  1. Puasa dalam bulan Sya’ban
  2. Puasa 6 hari dalam bulan Syawal
  3. Puasa Arafah pada 9 zulhijjah
  4. Puasa hari Tasu’a dan‘Asyura pada 9 dan 10 Muharram
  5. Puasa pada hari Isnin dan Khamis
  6. Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 dan 15
  7. Puasa satu hari berbuka satu hari
  8. Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak.
  9. Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan Rejab

Puasa Makruh :

  1. Menentukan hari untuk berpuasa seperti Jumaat sahaja, Sabtu & Ahad sahaja
  2. Berpuasa sepanjang tahun

Puasa Haram :

  1. Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
  2. Puasa pada hari syak iaitu pada hari 30 Sya’ban
  3. Puasa pada hari raya aidil fitri, hari raya aidil adha dan hari-hari Tasyrik
  4. Puasa perempuan haid & Nifas
  5. Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa

 

Kelebihan Bersedekah di bulan puasa

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.
Sehubungan dengan itu, kami JSTSKAG mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Ramadhan Karem” dan kami mengalu-alukan sekiranya ada di kalangan para pembaca yang ingin menginfakkan wang ringgit ke dalam tabung pembinaan Surau Taman Sutera, bolehlah dimasukkan melalui  akaun kami Maybank Cawangan Alor Gajah – 554044506913.

Sumber : http://www.islam.gov.my/mastika-hadith-0

About surautamansuterakelemak

Taman Sutera telah dibuka pada awal Tahun 2002. Taman ini mempunyai 350 orang penghuni yang beragama Islam daripada 500 orang jumlah penduduk keseluruhannya. Sumbangan anda ke dalam Tabung Pembinaan Surau ini adalah amat-amat dialukan mudah-mudahan mendapat rahmat dan kasih sayang Allah.

Posted on 21 July 2012, in Info. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: