Latar Belakang

Jawatankuasa Penaja Surau Taman Sutera Kelemak telah ditubuhkan pada 9 April 2012 pada jam 3.00 petang di Pusat Perpaduan KRT Taman Sutera & Taman Mutiara.

Ahli Jawatankuasa adalah terdiri daripada lapan (8) orang iaitu Tn. Hj. Jamaludin bin Baba (Pengerusi), En Kamaruzaman bin Abd Latif  (Setiausaha), En. Abdullah bin Majid (Bendahari) serta lima orang ahli jawatan kuasa, Ustaz Noor Zaly Moktar bin Kasim, En. Rosta bin Ramli, En. Aziz bin Dolmat dan En. Roslan bin Md Nor.

Pada hari Ahad, jam 8.45 malam, 6 Mei 2012 dengan rasminya Jawatan kuasa Surau Taman Sutera Kelemak ditubuhkan dengan sepenuhnya diwakili oleh lapan belas (18) ahli dari penduduk Taman Sutera Kelemak seperti Minit Mesuyuarat Bil 01/2012. Jawatankuasa Surau Taman Sutera Kelemak Alor Gajah Melaka adalah juga dikenali sebagai ‘JSTSKAG’.

MATLAMAT

Matlamat penubuhan JSTSKAG adalah bagi memenuhi keperluan penduduk  Islam Taman Sutera Kelemak Alor Gajah Melaka yang dianggarkan berjumlah 350 orang daripada jumlah keseluruhan penduduk pelbagai kaum yang berjumlah 500 orang kesemuanya.

Dengan penubuhan JSTSKAG juga adalah bagi mengumpul dana untuk pembinaan surau ditapak yang telah disediakan oleh pemaju perumahan.

TUJUAN

JSTSKAG yang ditubuhkan dengan tujuan dan peranan :-

1.  Untuk membuat kertas-kerja bagi  mendapatkan dana bagi pembinaan

sebuah surau  di Taman Sutera Kelemak Alor Gajah Melaka.

2.  Untuk  menjalankan aktiviti keagamaan harian bagi keperluan penduduk

beragama Islam Taman Sutera Kelemak dan kawasan sekitarnya.

Pihak JSTSKAG amat berterima kasih kepada penyumbang-penyumbang dana dan bersyukur terhadap Allah S.W.T  kerana akan terlaksananya pembinaan sebuah surau bagi keperluan aktiviti keagamaan penduduk Taman Sutera Kelemak.

Dengan terlaksananya hajat penduduk Taman Sutera Kelemak Alor Gajah Melaka semoga Allah S.W.T. merahmati semua yang terlibat dan dapat meningkat syiar Islam yang kita cintai ini.