Kos Binaan

Pada 7 Mei 2012, JSTSKAG mesyuarat telah melantik Tetuan Hj. Sabudin bin Haji Syed sebagai arkitek bagi pelan bangunan dan kerja-kerja berkaitan. Pada 20 Mei 2012, mesyuarat JSTSKAG telah sekali lagi dengan rasmi melantik firma, Hj. Sabudin bin Hj. Syed bagi Merekabentuk dan Membina terhadap Cadangan bagi membina Sebuah Surau Taman Sutera Kelemak Alor Gajah Melaka.   

Kos kerja-kerja asas dan awalan serta perkhidmatan telah ditanggung oleh Tn Hj. Sabudin bin Hj. Syed kerana pihak Jawatan kuasa Surau tiada dana kerana baru ditubuhkan.

Kos pembinaan Surau Taman Sutera Kelemak telah dianggarkan pada RM870,894-20 yang terbahagi kepada beberapa bahagian seperti berikut.

A. Kerja-Kerja Asas                                                                        RM382,434-20

B. Bangunan                                                                                       RM352,580-00

C. Bilik Air                                                                                          RM  41,880-00

D. Dalaman Surau                                                                           RM  60,000-00

E. Yuran Arkitek/Jurutera/Guaman/DLL                          RM  34,000-00

F. Jumlah Besar (A+B+C+D+E)                                               RM870,894-20

G. Bilik Stor, Parkir, Kolah Wuduk, Menara Surau, Perpustakaan Mini sudah termasuk didalam kos bangunan.