Memohon Sumbangan

Kami Penduduk Taman Sutera, Kelemak,  Alor Gajah, Melaka dengan ini dengan rasa rendah diri ingin memohon sumbangan ikhlas dan amal jariah dari sesiapa sahaja yang telah melayari laman sesawang kami ini bagi mendirikan sebuah surau bagi menampung aktiviti keagamaan yang dijalankan di Taman kami ini.

Tuan puan yang dirahmati Allah S.W.T, Taman kami ini telah mula dibuka untuk kemasukan ahli kariahnya pada tahun 2002 yang kini mempunyai 350 orang penduduk yang beragama Islam daripada 500 orang penduduk keseluruhannya.

Untuk makluman tuan/puan yang dirahmati dan dimuliakan Allah S.W.T,  surat kebenaran pembinaan Surau Taman Sutera telah kami perolehi daripada pihak Majlis Agama Islam Melaka yang bertarikh 12 Jun 2012 – JAIM 8/351/14/7/4 Kit 1(11). Pihak AJK Pembinaan surau juga pun mendapat kelulusan daripada pihak Berkuasa Tempatan – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) – melalui  surat yang bertarikh 9 Jun 2012 – MPAG 552/10.Jil.3.

Oleh itu, kami JSTSKAG memohon sumbangan dari tuan / puan yang dimuliakan Allah S.W.T untuk menampung kos pembinaan surau yang dianggarkan mencecah RM870,894-20.

Sebarang sumbangan ikhlas tuan / puan yang dimuliakan Allah S.W.T, bolehlah dimasukkan ke dalam akaun Maybank Cawangan Alor Gajah – 554044506913.

Semoga jasa baik dan sumbangan ikhlas tuan / puan, Allah S.W.T jualah yang akan membalasnya sama ada di dunia mahu pun di akhirat.